~Salam Alaik~

Pages

Wednesday, April 20, 2011

REDHALAH WAHAI HATI


Rasa itu,rasa itu hadir lagi
Adakala ia dekat sedekat hati
Adakala ia jauh sejauh saujana infiniti
Tetapi hati ini yang pasti
Ingin ia dekat walaupun dikejauhan yang tak pasti

Redha itu,meredhai itu sukar dimengerti
Adakala ia mudah semudah sekali
Adakala ia sukar sesukar berkali – kali
Tapi hati ini yang pasti
Ingin merasa redha yang hakiki

Rasa Redha,
Adakala ia mudah dekat
Adakala ia mudah jauh
Adakala ia sukar mendekat
Adakala ia sukar menjauh
Tapi yang pasti
 wahai hati
Redhalah kerana ia bukanlah hakiki
Akan pergi jua bila dijempuNYA nanti

Saat Menagih IlhamMU
~Sidratul Corp. Sdn.Bhd~
~200411/14:48 ~

Friday, March 11, 2011

Muhammad Amirul & Nur Raihana - 5 March 2011




Salam. Dah sebulan lebih tak update blog...begitulah nasibnya si Abduh...dalam mencari Ilham...kali ini saya ingin berkongsi pengalaman juga snapshoot yg terbaru...
InsyaALLAH,Dari masa ke semasa saya akan updatekan snapshoot saya yg lama, yg tak sempat Dimasukkan sebelum ini...
outdoor ni telah berlangsung di Kampar, Perak. Sepanjang buat part time ni,ini kali pertama saya jumpa pengantin yg selamba camni...sesi outdoor di Tesco & Secret Recipe. sewaktu di tesco, pengantin dapat ucapan tahniah dari sorg bro. yg OTW keluar parking, tak termasuk lagi yg berpaling2 tgk pengantin mundar mandir dlm tesco. Di Tasik UTAR, kami pinjam pancing sorg uncle,kebetulan sangkut plak ikan talapia kat pancing die...apa lagi, jadi bahanla...Dlm secret recipe, boleh dikatakan semua pelanggan termasuk pekerjanya tersenyum2 tgk pengantin....mungkin tak expect pengantin tak sempat nk salin pakaian.Lapo sangat....
Si pengantin prmpn ni siap nak pergi kenduri kahwin kawan lagi....walaupun pasangan ni agak kekok utk posing...tapi diorg ttp happening....(mungkin sbb dh kne belanje kat sec. recipe....huhuhu)....anyway, enjoice   n i really2 appreciate kalau anda dpt meninggalkan kesan tapak kaki pada post saya ni...k jumpa lagi...salam alaik... ('*,)v.....

Sunday, February 6, 2011

Sekadar Bermonolog...



Sendiri Lagi...
Tinggal Kenangan...
 









Saat Perlunya IlhamMU... 
~Taman Melayu Jaya,Kampar~
 ~060211/03:45~

Wednesday, February 2, 2011

.:Disini Segalanya Bermula:.

Salam...
Sebelum segalanya terus menuju kearah infiniti yang tidak bernokhtah...Sebelum segalanya tidak ditemui punca ,titik tolak, susur jalur perjalanannya...suka saya mulakan dengan pangkalnya...agar tidak tersasar dan terpesong dari landasan sehingga tidak nampak titik keseimbangannya...agar mudah anda melihat kronologi perjalanan  ilmu yang ingin dikongsi...yang pasti...ilmu yang lebih terfokus adalah fotografi...selainnya adalah sekadar untaian kata untuk dirasa dan boleh jadi juga ianya adalah monolog dalaman yang terkeluar dengan terancang....
pernah beberapa kenalan bertanya....kenapa fotografi?...bukan ke kerja ini didominasi kaum lelaki?...tak susah ke nanti?....
Impiana 11'

KENAPA fOTOGRAFI
saya bukanlah individu berseni sejak menjengah dunia...bukan jua dari keluarga seni...tetapi saya lahir dari keluarga pencabar dan penerima cabaran....saya cabar diri untuk mendapat ilmu ini...seni yang bersifat subjektif...seni yang tidak memerlukan huraian kata - kata..."A Picture is Worth a Thousand Words"...menterjemahkan rasa dalam bentuk grafik...begitu juga sebuah grafik yang berjaya menjelmakan pelbagai perasaan dan emosi...serious!!!!ia sangat mencabar...
titik permulaannya adalah kelas kokurikulum di UKM...terima kasih kepada Cikgu Ra'ai .....beliau adalah practitioner photography merangkap tenaga pengajar kelas fotografi UKM...ilmu yang ditaburi sedaya upaya saya kutip walaupun langkah tidak serancak yang lain. pilihan ini dibuat tanpa dipengaruhi oleh rakan - rakan...ia hasil dari perbincangan dan permuafakatan dengan diri sendiri...belajar mengenai komposisi, apacer, shutter speed, ISO dan lain-lain sehingga saya jatuh cinta terhadap ilmu ini. Saya nekad...sebelum dapat Kereta@Motor..saya nak kelek Kamera!!!!(of Course bukan Camry)
makanya, berbalik kepada persoalan awal....kenapa fotografi????ia adalah kearah pendefisikasian ilmu dalam memangkin diri menjadi lebih bernilai dan mendapat tempat disisi keluarga, sahabat - sahabat, masyarakat dan yang teramat penting disisiNYA.
1st Price - Pertandingan Fotografi KPZ-UKM08

DIDOMINASI KAUM LELAKI
Tiada lain jawapan saya....pastikah anda bahawa kaum ini akan/perlu disisi setiap masa???(jgn salah faham...tiada niat utk meletakkan sentiman anti jantina disini...cuma membuka minda agar otak  dapat bekerja...)
maka saya hadir didalam industri ini sebagai pemain bagi membina pesaingan yang sihat tanpa bias dan sentimen perkauman, disamping melengkapi industri ini agar pengguna - pengguna diluar sana dapat membuat pilihan sekaligus menjadi booster terhadap paras harga....ini akan merancakkan lagi ekonomi negara...lebih terfokus lagi,dalam industri fotografi itu sendiri....
Lembah 11'

KESUSAHAN DIHADAPI
diakui bahawa kesusahan itu menghampiri pasti...manakan tidak...adakalanya ia melibatkan pertembungan agama dan adat...pertembungan hukum2 fekah...pantang larang...dan lain - lain...maka disinilah letak manisnya  bidang  ilmu ini...Saya Cabar Mencabar (Habib AlWafiy)...akan tetapi...ironinya yg terlibat dalam percabaran ini hanyalah saya dan diri saya sendiri!!!

Maka Disinilah segalanya bemula...terima kasih kpd pengkritik ttp saya...my beloved siblings...juga pada supports yang sangat memberangsangkan dari kalian...JazakALLAHukhairan kasira....

~Pantai Puteri,Ipoh~
~020211/0342~


Monday, January 31, 2011

Thanks for the S.O.U.L!!!!

TanpaNYA tiadalah Pertemuan,
TanpaNYA tiadalah Kasih Sayang,
TanpaNYA tiadalah rasa Memiliki - Dimiliki,
TanpaNYA tiadalah Persaudaraan,
TanpaNYA jua tiadalah semangat  jitu natijah dari Bahagia yg diperolehi kini...
Thanks ALLAH....thanks for the Soul!!!!
~Sidratul,KK~
~310111/11:50~

Friday, August 20, 2010

My 1st Time...as A wedding photographer











gambar2 ni diambil waktu sy mula2 kenal dunia wedding photography...without editing...terima kasih kpd En. Abd. Halim...beliau adalah bekas guru di sekolah menengah sy dulu...kenduri ini tlh diadakan di segambut (xsilap sy)...banyak yg sy belajar... angle, dan refresh ttg penggunaan ss,apacer,ISO dan lain2...gambar2 ni saja saya upload without any editing...supaya anda dpt lihat kesan penggunaan pd setting sy...enjoy the photoshots n plz leave a comment...JazakALLAHukhairankasira...