~Salam Alaik~

Pages

Wednesday, February 2, 2011

.:Disini Segalanya Bermula:.

Salam...
Sebelum segalanya terus menuju kearah infiniti yang tidak bernokhtah...Sebelum segalanya tidak ditemui punca ,titik tolak, susur jalur perjalanannya...suka saya mulakan dengan pangkalnya...agar tidak tersasar dan terpesong dari landasan sehingga tidak nampak titik keseimbangannya...agar mudah anda melihat kronologi perjalanan  ilmu yang ingin dikongsi...yang pasti...ilmu yang lebih terfokus adalah fotografi...selainnya adalah sekadar untaian kata untuk dirasa dan boleh jadi juga ianya adalah monolog dalaman yang terkeluar dengan terancang....
pernah beberapa kenalan bertanya....kenapa fotografi?...bukan ke kerja ini didominasi kaum lelaki?...tak susah ke nanti?....
Impiana 11'

KENAPA fOTOGRAFI
saya bukanlah individu berseni sejak menjengah dunia...bukan jua dari keluarga seni...tetapi saya lahir dari keluarga pencabar dan penerima cabaran....saya cabar diri untuk mendapat ilmu ini...seni yang bersifat subjektif...seni yang tidak memerlukan huraian kata - kata..."A Picture is Worth a Thousand Words"...menterjemahkan rasa dalam bentuk grafik...begitu juga sebuah grafik yang berjaya menjelmakan pelbagai perasaan dan emosi...serious!!!!ia sangat mencabar...
titik permulaannya adalah kelas kokurikulum di UKM...terima kasih kepada Cikgu Ra'ai .....beliau adalah practitioner photography merangkap tenaga pengajar kelas fotografi UKM...ilmu yang ditaburi sedaya upaya saya kutip walaupun langkah tidak serancak yang lain. pilihan ini dibuat tanpa dipengaruhi oleh rakan - rakan...ia hasil dari perbincangan dan permuafakatan dengan diri sendiri...belajar mengenai komposisi, apacer, shutter speed, ISO dan lain-lain sehingga saya jatuh cinta terhadap ilmu ini. Saya nekad...sebelum dapat Kereta@Motor..saya nak kelek Kamera!!!!(of Course bukan Camry)
makanya, berbalik kepada persoalan awal....kenapa fotografi????ia adalah kearah pendefisikasian ilmu dalam memangkin diri menjadi lebih bernilai dan mendapat tempat disisi keluarga, sahabat - sahabat, masyarakat dan yang teramat penting disisiNYA.
1st Price - Pertandingan Fotografi KPZ-UKM08

DIDOMINASI KAUM LELAKI
Tiada lain jawapan saya....pastikah anda bahawa kaum ini akan/perlu disisi setiap masa???(jgn salah faham...tiada niat utk meletakkan sentiman anti jantina disini...cuma membuka minda agar otak  dapat bekerja...)
maka saya hadir didalam industri ini sebagai pemain bagi membina pesaingan yang sihat tanpa bias dan sentimen perkauman, disamping melengkapi industri ini agar pengguna - pengguna diluar sana dapat membuat pilihan sekaligus menjadi booster terhadap paras harga....ini akan merancakkan lagi ekonomi negara...lebih terfokus lagi,dalam industri fotografi itu sendiri....
Lembah 11'

KESUSAHAN DIHADAPI
diakui bahawa kesusahan itu menghampiri pasti...manakan tidak...adakalanya ia melibatkan pertembungan agama dan adat...pertembungan hukum2 fekah...pantang larang...dan lain - lain...maka disinilah letak manisnya  bidang  ilmu ini...Saya Cabar Mencabar (Habib AlWafiy)...akan tetapi...ironinya yg terlibat dalam percabaran ini hanyalah saya dan diri saya sendiri!!!

Maka Disinilah segalanya bemula...terima kasih kpd pengkritik ttp saya...my beloved siblings...juga pada supports yang sangat memberangsangkan dari kalian...JazakALLAHukhairan kasira....

~Pantai Puteri,Ipoh~
~020211/0342~


3 comments:

  1. pergh!!!
    k.yani, permulaan yang penuh dengan ruh!
    Jom cabar mencabar diri sendiri! =)

    p/s: ni nak jadi big fan k.yani ni...gegege

    ReplyDelete
  2. Habib Alwafiy :
    Gelanggang dah tersedia...apa lagi,ayuhlah mara...huhuhu..."big fan"???
    Saya Hanya Seorg Abduh yg sentiasa dahagakan ilham...layak dan mampukah saya???

    Sufi AlFaruqi :
    huhuhu....xtau tang manakah kehebatan itu....huahuahua....

    Both :
    Thanx for the booster....Love u Both!!!

    ReplyDelete